Tuesday, 30 December 2014

Kecuaian Berniat


TAK EMAS BUNGKAL DIASAH, TIADA KAYU TANGGA DIBELAH.



7. “Mencurah Air Ke Daun Keladi“. Usaha kami mendapat belas ehsan dari pejabat Exco Perumahan Negeri juga turut mendapat reaksi hambar dimana surat rasmi yang di alamatkan untuk perhatian Exco Perumahan itu langsung tidak berjaya menarik perhatian apatah lagi membawa pulangan hatta tiada sepatah maklum balas pun dari pihak kerajaan. Terlalu kejam layanan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada kami yang majoritinya anak jati bumi bertuah ini. “Tak Emas Bungkal Diasah, Tiada Kayu Tangga Dibelah” dimana beberapa penduduk telah sepakat bagi mendapatkan bantuan media masa tempatan untuk menulis laporan berkenaan projek ini dengan harapan semoga ada pihak yang akan tampil membantu ataupun memberi penjelasan sahih kepada kami. Laporan akhbar berkenaan projek berkenaan telah diterbitkan melalui akhbar Kosmo 16 OGOS 2014 serta Utusan Malaysia 20 OGOS 2014.


No comments:

Post a Comment

Mengkalu baik, ambik..Mengkalu burok, tinggai.