Tuesday, 23 December 2014

Bandar Sejahtera Pokok Sena ; Mereka Melaknati Diri Mereka Sendiri




5.    “Malang Tak Boleh Ditolak, Mujur Tak Boleh Diraih”. Sejujurnya ingin kami kongsikan di sini berdasarkan pengalaman perit yang kami lalui sebelum ini tidak memiliki rumah bukanlah kegagalan besar buat kehidupan sesebuah keluarga. Kami redha dengan nasib kami mengharungi kehidupan yang perit ditambah pula faktor peningkatan kos sara hidup. Amatlah tidak adil dasar Perumahan Negara yang langsung tidak memihak kepada kami selaku pembeli apatah lagi yang berpendapatan sederhana dimana langsung tidak pernah diberi ruang pilihan dengan terpaksa menanggung beban hutang pinjaman perumahan bahkan pada waktu yang sama sewa bulanan rumah sewa wajib dilunaskan. Apakah sebagai Pemilik Penuh kepada anak syarikat yang telah menambahkan kesengsaraan sebuah keluarga, langsung tidak mempunyai hati kasih dan sifat tanggungjawab atas kegagalan sendiri?






Bibir Bermadu Dihurungi Lebah


Hari ini 23 Disember 2014 bersamaan hari kedua Milikan Kosong, sengaja dituju hari ini selepas melihat kawan2 yang ambil kelmarin. Apa permainan busuk pemaju, sempurnakah niat depa nak bagi kunci, kepatuhan depa pada undang-undang yang diprint peguam depa sendiri dan dok perati adakah pembeli terima Tawaran atau Tokakkan. Baek, pertama sekali kehampehan durjana adalah kunci ambik kat Pejabat Seri Temin di Alor Setar manakala rumah yang dibeli dok di Pokok Sena. "Nahhh puan, ambik kunci pi tengok sendiri tapi puan bayaq duit Sada dulu naa" lebih kurang macam tu la depa layan. Pampasan?? Sepi macam tak reti.

Dengan kepedihan hati memancar-mancar, petang tu kami pi dengan lakonan Senyuman Manes dudok menyapa 5 minit, Mak Cik Peguam dah nak angkat buntut balik. Aduhai, bikin panass ja MakCik nii dan slambernya Hery memerli "Takpalahh, nanti kami kol, lagipun U bukan principal kan" 

Pukul Ratanya, pemaju terus dengan sikap Keras Pala melanggar perjanjian yang DI-PRINT oleh depa sendiri.

No comments:

Post a Comment

Mengkalu baik, ambik..Mengkalu burok, tinggai.