Bina jambatan menuju ke seberang,Melangkah jurang lebar dan dalam, Dengan darah dan keringat,Dengan airmata berpegang pada taliNya, Rapatkan saf semangatmu jangan goyah,Kota yang telah roboh harus dibina semula,Atas dasar kebenaran demi kita demi waris,Semua serangan yang datang kita tangkis,Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri,Di sebalik pahit getir kemenangan menanti,Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu membina (semula) satu keindahan jambatan menuju ke tanah yang dijanjikan,
Showing posts with label Bila-kan Sejahtera. Show all posts
Showing posts with label Bila-kan Sejahtera. Show all posts
Sumpah nii depan manusia jee, ada pe hal .. layan ja laah..
Kau biseng ape ?? Ade aku Kesahh.. Jangan ganggu aku Tekedarah cukop
Hari
ini, Rabu 15 Julai 2015 bersamaan 29 Ramadhan 1436, aku telah memenuhi
jemputan Dialog Penjelasan Dato Haji Tajul Urus (DTU) yakni Exco
Perumahan kerajaan negeri yang berpartikan "Berkhidmat Untuk Rakyat".
Peluang Ni pun hasil dari kelaku burok aku langgaq merata kat alam maya
nii. Ok la kan, memang ini yang aku hajatkan.
1
Mei 2015 ; Hari Buruh sempena tamatnya program pemikiran kumpulan
Yahudi Laknatullah dalam merencana gerakan jangka panjang penghapusan
Islam. Tarikh 1 Mei juga dipilih oleh Sultan Brunei bagi melaksanakan
Hudud di negaranya atau secara simbolik menentang ideologi Yahudi.
Namun, rumah kami maseh dikhinati dengan Puak-puak pekerja defect samada
secara diadu ataupun secara "depa dah tahu".
Sepemerhatian aku, ada 2 kes besar antara kawan-kawan aku yang DIKENAKAN TUNTUTAN BALAS oleh pemaju yang bermaksud pembeli lewat membuat pembayaran kepada pemaju dan kadar yang dikenakan adalah 10% setahun.
Hari ini, hari ke-107 selepas pemaju Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd dengan bangganya menyerahkan kunci rumah kepada pembeli beserta Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC) yang dipersetujui oleh Majlis Bandaraya Alor Setar. Hebat, kesatuan ummah kesepakatan penaya yang pasti rasa Puas Hati yang membuka dada pabila berjalan sambil bernafas berhidung kembang Juah, hasil kerjatangan Melayu juga setanding dengan bangsa lain disamping khidmat jasa kepada Bangsa Sendiri. Terima Kasih Kami Ucapkan.
3.
Seperti pihak tuan sedia maklum, undang-undang hartanah sediada tidak
memberi kelebihan kepada pembeli. Tarikh surat ini iaitu 23 Disember
2014 kami anggarkan sebagai Milikan Kosong dan tarikh siap 7 Ogos 2013
untuk membuat kiraan kegagalan pihak tuan iaitu selama hari. Merujuk
kepada Perjanjian Jual Beli fasal 22 (2), kadar ganti rugi yang mesti
dibayar oleh pemaju adalah sebanyak RM 37.45 Sehari dan membawa kepada RM18,839.07 sahaja.
Kami juga ingin menuntut bayaran keatas kesengsaraan kami berulang alik
daripada Pulau Pinang untuk melihat perlaksanaan pihak tuan berjumlah RM 3,000.00 sahaja. Dengan itu, jumlah tuntutan Pampasan Kelewatan Milikan Kosong kami adalah berjumlah RM 21,839.07 sahaja dan tempoh untuk pihak tuan melunaskannya adalah selama14 hari dari tarikh surat ini.
4. Kata bidalan "Ayam berinduk, Sirih berjunjung", mengharapkan
perhatian dan tindakan pihak tuan dimana secara tidak langsung
mencerminkan visi kerajaan negeri iaitu "Bersama Memacu Transformasi".
Tiada angin, tiada ribut, tiada gempa, dok tak dok siling luroh. Kalau berpenghuni, timpa pulak anak bini, malang lagi jika kehilangan nyawa, siapa nak tanggung ni?? Gila, aku tak kelapaq nak pindah selagi tiada pemeriksaan kali kedua dan pihak yang akan bertanggungjawab.
Kegagalan pemaju menyiapkan rumah di Taman Sejahtera Pokok Sena, Kedah mengundang kemarahan pembeli.
Hampir
200 pembeli yang sudah menerima Sijil Layak Menduduki (CF) mendakwa
rumah terbabit gagal disiapkan pada masanya selain terdapat kebocoran
siling dan keretakan dinding.