Wednesday, 8 April 2015

Mereka Ketawa Bangga Ber-Dosa.

AWAS, Denggi Membawa Maut!!

Peningkatan Kes Amat Membimbangkan.
Hari ini, hari ke-107 selepas pemaju Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd dengan bangganya menyerahkan kunci rumah kepada pembeli beserta Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC) yang dipersetujui oleh Majlis Bandaraya Alor Setar. Hebat, kesatuan ummah kesepakatan penaya yang pasti rasa Puas Hati yang membuka dada pabila berjalan sambil bernafas berhidung kembang Juah, hasil kerjatangan Melayu juga setanding dengan bangsa lain disamping khidmat jasa kepada Bangsa Sendiri. Terima Kasih Kami Ucapkan.


Setelah dua (2) kali di Dada Akhbar, tiga (3) kali bersiaran di saluran berita nasional, disulam Saranan Berbakti oleh Exco Perumahan Badrol Hisham Hashim, naseb malang naya kami langsung tak disuntik ke dalam Hati Kemanusiaan mereka yang berkuasa memutuskan sebarang Tindakan Perihatin. Sekali Lagi Terima Kaseh Kami Ucapkan kepada Kerajaan Mukhriz.



Ni saheh menuntut tak abehh..

Nahh.. Baek Punya Port Jemaah Aedes BerteloQ..

Nak kena bela ikan Gapi niii.

Tun.. Visi hang  nak capai Negara Maju lagi 5 tahun.. FAILED!!



demi cinta..demi kita.. demi waris...

Bina jambatan menuju ke seberang
Melangkah jurang lebar dan dalam
Dengan darah dan keringat
Dengan airmata berpegang pada taliNya

Rapatkan saf semangatmu jangan goyah
Kota yang telah roboh harus dibina semula
Atas dasar kebenaran demi kita demi waris
Semua serangan yang datang kita tangkis

Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu
Bangkit membina (semula) satu keindahan (baru)

Phoenix bangkit
Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata oh...
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain demi cinta

Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata oh...
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain demi cinta
Demi cinta... demi cinta...

1 comment:

  1. Pelaknat- pelaknat kini bergerak aktif di Bandar Sejahtera Pokok Sena Fasa 1 Zon 2

    ReplyDelete

Mengkalu baik, ambik..Mengkalu burok, tinggai.