MAKLUMAT STRATIJIK UNTUK DIKAJI
Maklumat ini baru diterima dari orang tengah seorang mastermind UMNO yang juga merupakan para perancang-perancang urat saraf UMNO yang sejak kebelakangan ini sudah tidak lagi berkesan dan mula menjadi haru biru.
Ini adalah disebabkan, setiap program yang mereka laksanakan, ianya sudah menjadi backfire kepada UMNO sendiri dan ini sangat memeningkan kepala mereka. PM telah mengarahkan supaya mengkaji kelemahan pada setiap stratejik serta kelemahan dan bertindak lebih berkesan agar proses TURNING OVER pengundi melayu yang terjejas teruk dapat di diatasi dengan secepat mungkin. Ini adalah kerana maklumat balas meyatakan:
Rakyat semakin hari semakin bosan dengan tingkah laku serta ucapan PM yang sudah tidak lagi melambangkan dirinya sebagai PERDANA MENTERI. Dan tektik kotornya semakin hari semakin tidak menjadi malah orang UMNO tetap berduyun-duyun memasuki PARTI PAS dan PARTI ALTERNATIF.
1. Hasil dari kajian bilik gerakan UMNO, masih NEGATIF. Permainan saham oleh DAIM dapat BACK FIRE dari pengundi CINA. DAIM sudah ubah stratejik, iaitu saham akan naik bila hampir PARLIMEN dibubarkan. Lepas pilihanraya, jika BN menang, saham akan menjunam. Penggunaan TV dan media secara agrasif dengan menghentam pembangkang pagi, petang, siang, malam tanpa memberi peluang kepada mana-mana TOKOH dari Barisan ALTERNATIF untuk menjawab segala tohmahan telah menjadi OVER KILL. Rakyat sudah nampak semakin jelas bahawa Pemerintah perlaku tidak adil kepada pembangkang, sama caranya digunakan untuk MENGHENTAM dan menfitnah DSAI tanpa memberi peluang untuk MEMBELA diri melalui media rasmi. Kata rakyat, asyik dengar DIA (PM) kata saja. Orang yang kena HENTAM langsung tak ada peluang untuk melawan. MUNGKIN PM ingat rakyat Malaysia ini terutama sekali orang MELAYU masih macam dulu, makan UMPAN dan KAIL. Mungkin PM belum sedar, sekarang ini zaman IT yang beliau sendiri anjurkan. Rakyat sekarang MAKAN UMPAN tapi tidak makan KAIL. Kecuali UMNO ortodok sahaja yang makan UMPAN, KAIL dan PANCING pun ditelannya sekali.
2. Tektik meniru cara PAS mengatur program seperti makan malam bersama pemimpin pun tidak menjadi juga sebab rakyat datang beramai-ramai untuk makan. Lepas makan, PM bercakap dengan KERUSI dan MEJA. Cuma yang untungnya, bila BA buat ceramah, berpuluh ribu orang yang hadir tetapi terhad. Tetapi bila program UMNO/BN, sekali buat ceramah dapat ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia di TV. Ini UMNO untung sikit. Itu pun kalau semua orang tak muak lihat muka PM dalam TV asyik hentam orang saja. OVER KILL ke TAK OVER KILL tak kira asal rakyat tonton dan dapat massage sudah.
3. Para penasihat PM dah mula gelabah bila semua tektik tak menjadi, kalau segala kelemahan stratejik ini di eksploitasi oleh BA, mampus PM kata mereka. Contohnya mudah, kata mereka kalau BA membuat KEMPEN seluruh negara menyeru rakyat supaya menghadiri segala perhimpunan yang dianjurkan oleh UMNO/BN. Kemudiannya bila majlis bermula para penyokong BA berpura-pura sokong UMNO/BN beberapa minit sehingga giliran PM berucap dan sebaik saja PM bangun mahu berucap MAKA ketika itu semua peyokong BA dan rakyat bangun berjalan perlahan-lahan meninggalkan majlis tersebut.dan terus pulang. Disamping itu pula sebelum pemimpin berucap para hadirin mungkin dijamu dengan makanan seperti nasi bungkus atau air kotak maka rakyat jangan lepas peluang, sapu saja apa yang dijamu, kalau boleh pikul dan bawa pulang kasi anak-anak makan free. Tektik ini yang PM mungkin bukan sekadar menangis tapi muntah taik, kata mereka kalau rakyat buat begini pada dia, malu tak tahu mana nak taruh muka. TV pun tak tahu mana nak focus. Sebab kalau nak focus mesti nampak penonton, baru ada rialistik tapi kalau tinggal kerusi meja saja TV kameraman pun pening.
4. Tektik himpun dan beri makan pada rakyat dan kemudian basuh otak ini mungkin akan terus dibuat di kampung- kampung. Kata mereka, sebab orang kampung mesti nak rasa ayam goreng KENTUCKY dan sebagainya maka akan keluarlah orang kampung untuk menghadiri perhimpunan anjuran UMNO/BN. Bila orang kampung dah ramai, masa itulah kata mereka pemimpin boleh basuh otak orang kampung. Buat masa ini pehimpunan dan makan malam dibuat di kawasan bandar dulu sebagai publisti kepada orang kampung. Kononnya untung kalau dapat hadirkan diri di perhimpunan anjuran UMNO/BN dapat makan free dan dalam majlis itu akan ada macam-macam lagi seperti tiket bertuah dan segala hadiah-hadiah yang di sponser oleh koperat-koperat dan KRONI-KRONI PM. Disamping itu juga mungkin dapat melihat air MATA BUAYA hasil dari tangisan PEMIMPIN UMNO.
5. DI Kedah pakar dalam bidang ini, siapa lagi kalau bukan SANUSI JONIT / UMNO. Pakar perang urat saraf ini cuma tunggu masa nak masuk Tanjung Rambutan.sebab dia rasa dia pandai terlebih orang lain bodoh temasuk MA AROOF Baru-baru ini KEMPEN saikologi beliau ialah menyeru RAKYAT Kedah supaya berbasikal ke KUALA LUMPUR. Sebelum dari itu beliau menyuruh orang-orangnya menganjurkan pertandingan bola sepak dan pasukan yang menang akan dihadiahkan AYAM. Cuba tuan-tuan hubungi kawan-kawan dari KEDAH. dan confirm perkara ini. Kata mereka SANUSI ni sejak balik dari Mekah semakin menjadi-jadi GILANYA. Idea-idea gilanya yang lain termasuklah TANAM PADI atas BUMBUNG, PERTANDINGAN CABUT UBAN, MENGORAT ISTERI SENDIRI. Orang KEDAH dah tak tahan lagi dengan ORANG TUA gila ni. Hampir 80% PKNK dah jadi PAS sebab tak tahan dengan IDEA gilanya. Sehingga pada satu mesyuarat dengan para pegawainya, beliau mengugut supaya para pegawai mesti sokong UMNO/BN yang sekarang ini, sebab kalau sokong BA, katanya BA akan tukar PM secara bergilir-gilir atau berganti- ganti antara PAS, KEADILAN dan DAP. Dan apabila giliran DAP jadi PM, mampus Melayu katanya. Inilah dia cara SANUSI berpolitik sampai ORANG ACHEH pun malu mahu mengaku bahawa SANUSI ini orang ACEH.
6. Perang urat saraf UMNO/BN masih belum berjumpa dengan jawapan atau sengaja tak mahu cari jawapan sebenarnya kenapa CERAMAH anjuran BA terlalu ramai orang hadir?
Kata mereka itu memang biasa setiap kali musim pilihanraya. Bila ceramah politik pembangkang, ramai orang yang hadir tapi bila UNDI kalah. Tapi jawapan yang sebenarnya ialah MEDIA seperti TV dan SURAT KHABAR tidak belaku adil kepada rakyat dan asyik berlaku berat sebelah dan rakyat ingin tahu jawapan dari BA tentang segala tohmahan dari UMNO/BN melalui TV. Sebab itulah rakyat sanggup berjalan kaki berbatu-batu dan memandu kenderaan bepuluh-puluh kilo meter untuk menghadiri ceramah BA. Tapi kalau MEDIA TV dan surat khabar belaku adil ceramah BA tidak mungkin begitu ramai. Malah kata mereka ceramah UMNO pun pasti orang akan ramai juga.
7. Mengikut maklumat dari gerakan urat saraf UMNO mereka menyedari bahawa rakyat sudah meluat dan benci pada PM berpunca dari tindakan beliau memecat DSAI tetapi tidak benci atau menentang pada apa pembangunan yang dibuat oleh PM dan tidak benci pada UMNO sedangkan PM tetap ingin terus menghentam DSAI walaupun telah dilucutkan oleh PM. PM telah UNDER ESTIMATE riaksi rakyat maka PM harus bertanggungjawab .Oleh kerana tindakannya telah terlanjur maka terpaksalah diteruskan segala rancangan yang telah dirancang secara by hook or by crook. Kalau tidak PM dan KRONInya akan menangung akibat dan akan dihukum oleh rakyat. Oleh itu Perang urat saraf UMNO telah menjalankan REVERSE PISIKOLOGI tehadap rakyat melalui kempennya iaitu KITA tolak DSAI dan KITA TOLAK PM tapi kita mesti selamatkan UMNO sebab merekalah puncanya menghancurkan UMNO yang menyebabkan UMNO berpecah. Dengan kata lain kita TOLAK ANUAR IBRAHIM dan KITA TOLAK MAHATHIR tapi kita mesti sokong UMNO dan BN. Inilah kata-kata hujah perang urat saraf UMNO. Sekiranya rakyat terpedaya dengan hujah tersebut maka rakyat akan terperangkap sekali lagi dengan tektik kotor PM ini. Sebab sekiranya rakyat mahu menyelamatkan UMNO maka terpaksa undi BN dan BN akan menang lagi . Ini bermakna UMNO yang dipimpin oleh MAHATHIR dan KRONI nya akan terus berkuasa dan rakyat akan terus tertipu. MAHATHIR akan terus jadi PM. Inilah perang pisikologi yang halus untuk memperdaya rakyat.
8. Bab TV 3 kena ugut dengan penyokong BA semasa ceramah di KEDAH baru- baru ini kata mereka itu memang di rancangkan supaya semua slot-slot agresif dari BA dirakamkan untuk di suntingkan. Semua rakaman tingkah laku pertugas PAS sangat-sangat diperlukan oleh mereka terutama sekali yang menunjukkan ketegasan atau unsur ganas penyokong PAS. Semua rakaman ini akan dijadikan satu siri propaganda dalam TV bagi menakutkan pengundi CINA. Tetapi apabila tape itu dirampas maka kejadian itu di eksplotasikan oleh TV 3. TV 3 tahu orang PAS dan BA marah pada mereka sebab liputan TV 3 berat sebelah tapi mereka pergi juga kesana untuk buat provokasi perkara ini supaya PETUGAS PAS bertindak agresif dan rakaman boleh dibuat. Saya bertanya kepada kawan saya bagaimana nak elakkan perkara ini sebab tahun 1995 sudah berlaku seperti itu semasa kempen pilihan raya. Kata kawan saya ini orang PAS bodoh, tak pakai akal mungkin yang provok pertugas PAS untuk halang TV 3 adalah orang kami juga. (ajen perang saraf UMNO) sebab ceramah PAS orang beribu, nak kenal petugas dengan penonton pun susah tapi kami kenal orang kami. Oleh kerana orang yang menceritakan pada saya ini adalah juga kawan baik saya maka dengan secara rahsianya beliau mengajar saya bagaimana nak selesaikan masalah TV 3. Katanya senang saja iaitu apabila PAS atau BA hendak mengadakan ceramah yang besar maka sediakan POSTER kain berukuran 2 X 3 kaki atau saiz yang cukup besar untuk dipegang oleh dua orang yang siap di tulis apa-apa slogan atau kata-kata yang menghentam UMNO/BN atau PM atau TV 3 seperti "TV 3 PENIPU RAKYAT". Biarkan TV 3 hampiri tempat ceramah, apabila mula nak focus kameranya maka masa itu kita ambil poster tadi dan buka di hadapan kameranya. Awas berdiri dekat dengan kemeranya tapi jangan sentuh dia. Biar dia focus poster kita yang sudah siap dengan slogan menghentam. Dan setiap kali kameraman cuba ubah lokasi kita ikut beliau sampai dia tak dapat ambil gambar kecauli poster kita yang berslogan itu. Dengan cara ini TV 3 akan taubat tak datang lagi. Awas jangan sentuh walau bulu roma orang TV 3 sebab ini peluang nak buat issue dan jangan menjerit apabila ada kehadiran TV 3 di tempat ceramah buat cara ini..Kita bergerak cara terusun dan profesional.
9. Kempen guru KEMAS ke kampung-kampung pendalaman untuk suri rumah mendapat maklum balas, belum menunjukkan tanda positif malah ada guru KEMAS kena basuh teruk dengan WANITA UMNO sendiri sebab suami mereka dah pandai politik tapi masih banyak UMNO ortodok. Yang perempuan banyak yang menghadapi masalah apabila nak hujah dengan suri rumah. Ada yang kenal sangat dengan KEMAS ini bila orang kemas datang ke rumah mereka, iya kan saja kata-kata KEMAS ini tapi bila malam hari berduyun-duyun pergi dengar ceramah PAS. Nampaknya KEMAS ini akan MUNTAH SHIT juga kerana didesak oleh ketua mereka untuk buat kerja mustahil.
10. Megikut laporan bilik gerakan UMNO penyokong UMNO/BN sekarang hanya tinggal yang bertaraf ortodok dimana mereka- mereka ini sudah tua tidak ada tanggung-jawab pada keluarga lagi sebab anak dah besar, dah bekerja dan banyak dah bercucu jadi kerja mereka duduk di kedai kopi beborak sampai malam. Yang muda yang baru kawin dan yang ada tanggungan tiga empat orang anak semuanya dah masuk PAS dan ADIL sebab mereka sudah rasa tertekan dengan dasar kerajaan yang dipimpin oleh UMNO membawa kesengsaraan ke atas orang kampung kali ini. Kata mereka barang naik tiap-tiap bulan, gaji naik sekali tiap-tiap tahun. Tahun lepas gaji tak naik. Getah jatuh, padi macam tu juga harganya, cukai dari bil air, api, talipon, cukai tanah, cukai pintu, cukai jalan, cukai pendapatan dan segala cukai mak nenek kena bayar. Kalau macam ni, masa depan anak-anak gelap….pakai tak sekolahlah anak-anak kami. Kalau pandai pun, mana nak cari duit nak masuk universiti? Kalau masa macam sekarang ni, haram satu sen pun tak boleh simpan. Dulu ada juga biasiswa tapi sekarang dah jadi pinjaman…kena bayar balik macam beli rumah. Bila anak kerja nanti masa tu mana ada wang nak hantar kampung lagi. Mana ada peluang nak balas jasa orang tua. Kempen KEMAS suruh orang kampung bersyukur pada kerajaan kerana pembangunan yang telah dibuat. Jawab orang kampung pada KEMAS, MAHATHIR yang patut syukur sebab dia masih hidup. Allah bagi dia hidup lama tak mampus-mampus lagi..MAHATHIR patut terima kasih pada rakyat bukan nak hancurkan rakyat. Guru KEMAS kena maki hampir setiap rumah yang mereka kunjungi dengan hujah-hujah ini dan pulang dengan tangan kosong. Besok hari, guru kemas ini pergi jumpa ketua mereka terima elaun, laporan yang enak-enak aje. Tapi bila SB masuk kampung buat tinjauan rupa-rupanya laporan tidak enak maka kepala SB buat laporan pada ketua SB. Ketua SB buat laporan pada KETUA perang URAT SARAF UMNO. KETUA urat saraf UMNO lapor pada PM. Apa yang dapat dari PM,jawab nya kena makilah. Sebab laporan perisik tentera lagi tepat dari laporan SB. SB lapor 100 orang umno masuk PAS tapi PERISIK TENTERA lapor 200 orang penyokong UMNO dah sokong PAS itu lebih tepat sebab dulu 200 orang itu pengundi UMNO tapi ahlinya hanya 100 orang. Jadi dari segi POLITICAL DAMAGE maklumat PERISIK TENTERA lebih ideal. Sebab itu maklumat SB ni maklumat cari makan.PM pun dah tak percaya...dengan angka yang diberikan..tapi pasal pukul orang sabotage...pembangkang..buat huru hara...SB no satu..sama taraf dengan MOSAD atau GESTAPO. disamping itu simpan pendatang haram dan ambil hasil...Banyak SB yang terpaksa tunduk pada ketua PERANG urat saraf ni sebab mereka banyak rekod..jenayah seperti simpan pendatang haram berjudi, simpan perempuan, jaga taukey judi haram , ugut orang dan sebagainya banyak rekord mereka ada pada BPR negeri cuma tak boleh ambil tindakan sebab bos bos BPR sudah jadi kuncu kuncu PM. Contoh nya cuba tanya BPR Perak banyak dak KES KES, MENTERI BESAR PERAK jual tanah pakai orang ketiga..dan kes kes SB..jaga ..taukeh CINA..dan GENGSTER CINA di IPOH..semuanya tak boleh ambil tindakan.. sebab.. pendakwaraya..tolak..kes tu...dan banyak kes kes rasuah..tak boleh di dakwa oleh..PENDAkWARAYA sebab pendakwaraya ada KRONI juga.Dan BPR sudah tak ada kuasa untuk bawa sendiri KES itu ke mahkamah walau pun mereka ada cukup bukti.dan berkelayakan untuk bentangkan mana mana KES rasuah ke mahkamah. Kalau kes rasuah..RM 20 ,30 ringgit,,,oleh polis biasa...mampus lah..alamat hilang kerja lah. Tapi..MB Perak sapu tanah rakyat....semua nya beres KRONI..MB..PERAK juga terdiri dari PEGAWAI DAERAH dan PEGAWAI daerah ini pun telibat sama sapu tanah rakyat guna nama orang mati.....wahai BPR....tunggu apa lagi MAHADIR memang mahu kamu semua makan GAJI buta kalau nak bertindak misti..yang tidak telibat dengan KRONI PM atau MB MB. BPR hanya lah sebagai GIMIK politik saja dan alat untuk jatuh kan mana mana pihak yang menetang pimpinan UMNO/BN saja..dan bukan untuk cegah rasuah.
11. Ramai dari anggota komando UMNO sudah tawar hati dengan tektik kotor yang mereka dipaksa lakukan. Ada yang berani sebab mereka ini gila wang dapat upah pergi dangdut, karaoke dan minum arak dan main perempuan. Mereka ini dibela secukupnya oleh ketua-ketua mereka tapi ada seorang dari mereka ada saudaranya pernah meminta ikhtiar HARUN DIN untuk berubat keluarganya yang sakit satu ketika dulu dan puas beliau mencari ubat tapi tak sembuh-sembuh. Alhamdulillah dengan ikhtiar Ustaz HARUN DIN ianya sembuh dengan izin ALLAH dan beliau sudah mula rasa jijik dengan tindakan MAHATHIR yang terlalu menghina HARUN DIN. Beliau ingin keluar dari kumpulan itu tapi tidak boleh sebab beliau ada kes yang berat dan sekiranya beliau keluar mungkin beliau kena penjara. Sebab kesnya ada pada ketuanya. Oleh itu beliau menceritakan pada saya banyak rahsia serta kelemahan UMNO. Katanya PM takut selain dari musuh dalam selimut tapi juga THE SILENCE MAJORITY rakyat dimana banyak pegawai kerajaan sekarang PURA-PURA sokong kerajaan tapi tingkah laku serta percakapan sudah nampak menentang dan pegawai kerajan banyak pengaruh pada grass root UMNO sebab merekalah yang berurusan dengan orang awam dari masa kesemasa dan boleh mempengaruhi pengundi.
12. Maklumat yang seterusnya ialah ada beberapa orang yang kena ISA dahulu sudah dibuat TURNING OVER oleh SB terutama dari KEADILAN dan mereka ini telah ada perjanjian dengan SB sebagai informer yang telah di gajikan dengan habuan yang banyak. Mereka ini sudah pun di turning over semasa tahanan ISA dan sekarang dalam ADIL. Pakar perang URAT SARAF UMNO dari BTN yang merupakan paling pakar dalam kerja ini adalah orang yang TERLIBAT dalam EKSPEDISI KUTUB UTARA, iaitu orang yang terjun dengan payung TERJUN di kutub UTARA. Saya rasa tuan-tuan masih ingat kumpulan itu. Dan beliaulah yang akan merancang bagaimana hendak melaksanakan huru-hara atas arahan PM nanti. Beliaulah yang mereka-reka cerita supaya jadi issue bahawa kita mungkin perang dengan Singapura dan beliau tahu dimana terowong rahsia yang dibuat oleh Singapura untuk memasuki Malaysia secara sulit sekiranya perang belaku. Beliau seorang KAPTEN tentera. Di bawah beliau ramai perisik tentera melaporkan kepadanya. Seterusnya saya cuba untuk mendapat maklumat lagi dari orang tengah itu sebab beliau adalah pakar dalam perang PSIKOLOGI. Saya bertanya apakah kelemahan dan apakah yang sangat ditakuti sekiranya rakyat bertindak. Katanya sekiranya rakyat mempuyai satu nada yang sama untuk bertindak dengan serentak contohnya pada hari SAMBUTAN MERDEKA 31 ogos ini rakyat turun beramai-ramai. Semua parti Alternatif buat satu seruan dan kempen pada seluruh rakyat supaya hadirkan diri pada perjumpaan HARI MERDEKA kali ini mungkin di BUKIT JALIL dan pada hari itu pasti PM akan buat ucapan. Kita berkumpul ramai- ramai depan beliau dan apabila beliau mahu mula berucap, kita bersurai secara serentak . Sekiranya kita cuba di halang, barulah kita bertakbir atau menjerit reformasi secara serentak. Masa itu, TV akan jadi panik sebab terpaksa siarkan LIVE dan orang kampung akan dapat message bahawa rakyat memang dah meluat dengan pemerintah sekarang. Mungkin masa itu PM akan menangis dan MUNTAH SHIT hijau dari mulutnya.
13. IBRAHIM ALI AL KATAKI akan buat perhimpunan BEKAS siswa ITM pada 26 hb. OGOS ini di Stadium MELAWATI. Saya juga bekas SISWA ITM 10 tahun dulu jadi saya rasa IBRAHIM Al Kataki ini perlu diajar sikit...OK... kalau dia mahu kita berkumpul kita berkumpul ramai-ramai. KITA KEMPEN semua kawan-kawan kita dari ITM untuk turun ke STADIUM MELAWATI. Bila KATAK mula berucap kita jerit Pembohong, Penjilat, Penipu, Katak, Katak, Katak. Bila PM berucap KITA besurai secara serentak dan pergi JAM kat mana-mana warung. Saya ingat kalau kita test market secara MASS MOVEMENT begini mungkin PM shit akan sakit jantung dan mampus cepat sikit dan rakyat boleh pilihanraya cepat dan ubah sistem pemerintahan tanpa ada teka-teki. Pelabur asing yang takut nak masuk sekarang sebab skandal PEMIMPIN BN yang paling membahayakan pelaburan mereka. Mereka ini akan masuk semula sekiranya pemerintah yang lebih adil menerajui kerajaan ini. Oleh itu marilah saudara-saudara kita mulakan langkah kita ini secara profesional. Kita gunakan DEMOKRASI ala MAHATHIR untuk jatuhkan KERAJAAN KUKU BESI PIMPINAN MAHADIR JUGA , Cara yang paling bijak ialah bila MEREKA panggil atau jemput berkumpul, kita datang. Lepas tu kita sapu mereka cukup-cukup dengan cara pisikoloji ini. INGAT kita bersurai bila PM mula BERUCAP atau BILA IBRAHIM ALI berucap kita bunyikan SUARA KATAK. KATAK PURU ke, KATAK PISANG ke, apa pun boleh asal BRAHIM GILA ni learn a lesson dan muntah PM punya SHIT.
Saya rasa cara ini adalah paling berkesan...inilah yang dikatakan senjata makan tuan...BA...nak kumpul cara aman tak boleh..dihalang dan sebagainya,,,jadi...kita main reverse pisikologi tapi cara SUN TZE ART OF WAR... ia itu kita lemah kan musuh dengan tektik musuh juga...Cara ini kita boleh buat juga masa kempin pilihan raya... Sekiranya mana mana tokoh UMNO/BN datang untuk buat ceramah di kampong ...misti ada makan,,free punya...jadi kita kumpul orang kita dan pergi majlis ceramah mereka...makan banyak banyak...sapu apa yang ada...lepas tu bila dia orang mula berucap...kita belah..ramai ramai. cari tempat ceramah UMNO yang lain pula.
Pada hari pembuangan undi...tektik yang sama kita guna.. bagi penyokong BA yang kukuh penderian nya...pada hari mengundi kita pergi semak dekat pondok panas atau POS UNDI UMNO/BN... tapi...bila masuk mengundi...mistilah pangkah BARISAN ALTERNATIVE..Kita berkumpul ramai ramai dekat POS POS UNDI UMNO biar mereka nampak macam penyokong mereka..tapi..kita hanya menyamar...biar SB SB yang berkeliaran akan bagi lapuran POSITIVE pada BOS BOS mereka ..tapi bila..tiba kiraan undi....kita yang dapat kemenangan..SB TENTU KELIRU.. kalau nasib baik..kita dapat duit lagi selain dari makanan....free,.,Petugas petugas BA masa itu..tak banyak kerja..biar mereka pertugasUMNO/BN yang kerja lebih tolong semak daftar pengundi untuk kita..tapi awas tektik ini misti penyokong yang teguh penderiannya dengan memangkah BA.
Akhir sekali saja cadangkan kepada semua penyokong BARISAN ALTERNATIF...sekiranya pihak UMNO/BN menawarkan apa apa kerja untuk bantuan suka rela PILIHANRAYA kali ini...jangan tolak..kita setuju saja..dan minta upah lebih....dengan cara peyusupan dan penipuan ini rahsia mereka kita dapat tahu dan boleh kasi dekat BA untuk bertindak...untuk tip tuan tuan yang mahu bertidak cara ini ingat bahawa....PILIHANRAYA adalah satu PEPERANGAN tampa senjata...dan PENIPUAN DALAM peperangan untuk mengalahkan musuh terutama sekali musuh ISLAM adalah halal..... saya telah pun confirm dengan beberapa orang ULAMAK dan NIK AZIZ pun pernah mengeluakan kata kata ini...sila chek...to confirm.
SEKIAN SELAMAT BERJUANG...
ALLAHUAKBAR !!! ALLAHUAKBAR !!! ALLAHUAKBAR !!!
MUSUH DALAM SELIMUT SB
[Pada pandangan saya ada beberapa cadangan yang tidak sesuai dilakukan.
Pertama lebih elok tidak pergi langsong ke program ceramah UMNO/BN. Biar mereka bersyarah kepada kerusi dan meja yang kosong. Kalau ramai yang pergi nanti ini secara psychologi memberi kemenangan kepada mereka. Yang terpaksa pergi tu elok sangatlah keluar apabila PM berucap.
Kedua, menjadi petugas BN/UMNO akan menyebabkan kekeliruan diantara kita sama sendiri dan lebih buruk lagi menyebabkan orang atas pagar confuse dan mungkin hilang semangat reformasi mereka. Kita kena ingat mereka mempunyai wang untuk sogok sesiapa saja. Kalau mereka tidak dapat convince kita sekadar confuse orang atas pagar sudah memadai untuk mereka.
Ketiga, mereka yang ditahan dibawah ISA sudah dikenal pasti penyokong totok Pak Sheikh. Mereka mempunyai pegangan kuat kepada agama. Mereka sedar sekiranya mereka mengkhianati perjuangan kepala mereka akan dipangcak ditiang-tiang dan diumumkan sebagai pengkhianat kepada perjuangan suci dipadang Masyar nanti. Mereka-mereka ini tidak mudah untuk menjadi talibarut-talibarut konspirator durjana. Jadi jangan curigai sangatlah kepada tahanan-tahanan ISA yang bergerak aktif dalam KeADILan.. Hampir semua tahanan ISA yang bergerak aktif dalam KeADILan adalah sahabat baik saya dan semangat perjuangan mereka patut diteladani. Yang dah tak bersama tu tak tahu nak katalah. Allah Maha Mengetahui ]
Wassallam. - Mahazalimtwo
No comments:
Post a Comment
Mengkalu baik, ambik..Mengkalu burok, tinggai.